Aktiviti larian diwaktu petang.

Assalamualaikum, harini dan seperti hari2 yang lepas, aku sudah mula rajin angkat bontot dan kaki untuk berlari disekitar kawasan perumahan aku..semakin lama, semakin biasa berlari dari satu pusingan kepada dua dan tiga, alhamdulillah..sejak aku berlari nih, ramai juga lah penduduk yang melakukan aktiviti yang sama. Ada juga yang bawa anak main basikal dan ada hanya sekadar berjalan. So sepanjang berlari tuh mestilah kita ada angkat2 muka, tangan tanda menegur dikala nafas tercunggap sambil merilikan seukir senyuman..nak dijadikan cerita.. Harini ketika bersiap nak pulang kerumah, ada seorang pemudi duduk berdekatan tempat aku keringkan peluh..kiranya beliau pon nak keringkan peluh lah tuh..sambil aku bergerak, terdetik nak menyapa.. Aku pon seraya berkata 'ok lah gerak dulu' sambil memandang ke arah beliau..aku melihat tiada reaksi tindak balas disitu, dengan pantas mataku melihat telinga yang disumbatkan earphone..dan dengan sepantas mungkin aku pun berlalu pergi..

ouhh gitu ceritanya..

Popular Posts