Mendobiku disana sendiri

Assalamualaikum, okeh seperti hari2 minggu yang lepas-lepas, aktiviti mendobi akan dilakukan setelah segunung baju telah dikumpulkan oleh kami 3 beranak, mesin basuh rosak, nak panggil orang datang baiki tak terpanggil panggil, lagi pon kalau cuci sendri nak kena sidai yang malas tuh..tambahan pula kawasan tempat sidai rumah aku nih tak luas sangat dan kurang terdedah cahaya matahari..rumah panjang keatas lah katakan..

okeh berbalik kepada aktiviti mendobi aku tadi..selepas dah load baju dan masukan coin..acara menanti pon bermula..time covid-19 nih ramai juga yang memilih basuh didobi, mungkin lebih mudah dan cepat kot..tak pon salah satu cara nak keluar dari duduk di rumah, tapi SOP kene ikot lah yer..

Sambil2 aku duduk sambil menunggu baju aku siap, ada lah beberapa pemudi rider lepak disatu sudut menanti panggilan tugas..ada juga yang berehat dan mengambil peluang untuk mengisi perut..tengah aku duduk main phone, ada seorang pemudi meluru masuk kedalam dobi untuk membeli air dimesin, mataku terpandang kaki beliau yang masih tersarung kasut converse kuning. Dalam hatiku berkata, aduh tak bukak kasut, terang2 ada nota sila tanggalkan kasut anda sebelum masuk, yelah aku dan pengguna dobi yang lain masuk kaki ayam, kalau lantai kotor dah satu hal pulak nak cuci kaki.

Nak dijadikan cerita, dekat dalam tu ada seorang budak kecik, budak tuh bangun, tunjuk kebawah dan berkata, kasut kena tanggal bang. 

Damn.. 
hahaha aku hanya mampu berbicara didalam hati..mengomel dan bising sendiri..

Misi mendobi di teruskan dengan keringkan baju, main on off phone...tettt dah siapp..

Ouhhh gitu ceritanya...

Popular Posts